5 Ciri Artikel Yang Baik!

Facebook Twitter

Berbual tentang gaya penulisan artikel. Kebiasaannya, ia bergantung kepada penulis itu sendiri. Ada penulis cenderung menggunakan gaya bahasa yang bombastik, realistik, santai, umum dan mengkhusus. Bagaimanapun, untuk memastikan artikel yang dihasilkan itu baik, lima ciri ini wajib ada di dalam artikel yang ditulis itu.

1. Jelas dan padat

Penulisan harus jelas. Menggunakan bahasa yang ringkas dan menepati sasaran. Ini akan memastikan aliran tema yang dibawa sampai kepada pembaca tanpa halangan. Panjang artikel harus dijaga dengan baik agar ia tetap ringkas tetapi mencakupi kesemua topik pentik tema.

2. Logik

Bagi sesetengah jenis artikel, segala keterangan yang dipaparkan harus memiliki dasar dan alasan yang masuk akal dan dapat diuji kebenarannya. Ini biasanya untuk artikel bertemakan fakta atau maklumat.

3. Teliti

Masalah atau tema yang dipilih haruslah dipaparkan secara mendalam. Jangan hanya menyentuh secara umum kerana ini akan mengurangkan kualiti artikel. Huraian yang diberi mesti jelas dan mengupas pokok persoalan dengan baik.

4. Objektif

Penerangan yang diberi mestilah sesuai dengan data, fakta atau yang ada di dalam artikel tersebut. Elakkan penerangan yang kabur dan tidak menepati.

5. Cermat

Penulis artikel yang baik akan berusaha menghindari kesalahan walau sekecil kesilapan ejaan atau tatabahasa sahaja. Apalagi jika ia membabitkan kekeliruan dari segi maksud.

 

Tidak mahu terlepas post terkini? Sila rujuk >>artikel ini<< untuk cara yang betul. Kemudian masukkan emel anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner

Anda juga mungkin ingin mengetahui mengenai:

  1. Sifat Yang Perlu Ada Pada Sebuah Artikel

About admin

Admin laman ini adalah Julmazli Dempollok. Antara lain tugas beliau adalah menyelenggara laman penulisartikelmalaysia.com ini. Membincangkan tempahan bersama pelanggan serta menerima bayaran daripada pelanggan. Mengagihkan tugas kepada ahli team penulis penulisartikelmalaysia.com yang berkenaan untuk disiapkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui bersama dengan pelanggan.