Apakah Kelebihan Pemasaran Artikel (Article Marketing)?

Facebook Twitter

Berbicara tentang pemasaran di Internet. Terdapat begitu banyak cara yang boleh dipilih. Saya berikan beberapa daripadanya seperti pemasaran emel, pemasaran iklan, pemasaran media sosial, pemasaran artikel dan banyak lagi. Semua cara pemasaran ini ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Sebagai contoh pemasaran emel, ia memerlukan modal yang agak banyak untuk membayar autoresponder. Jika kita lihat pemasaran menerusi iklan juga begitu. Sementara jenis pemasaran media sosial (seperti Facebook) yang sedang meledak saat ini turut menuntut masa yang banyak dalam memastikan keberhasilnya. Jika diteliti kekurangan pemasaran artikel ialah pada kesukaran menghasilkan artikel yang berkualiti untuk ditonjolkan.

Di sebalik kekurangan pemasaran artikel itu, kelebihan yang dibawa olehnya jauh melebihi jenis-jenis pemasaran yang lain. Memang benar, untuk menghasilkan satu artikel yang bermutu serta kuat auranya bukanlah mudah. Itu kita akui tetapi terdapat dua cara untuk mengatasi kerumitan ini:

 

Pertama, berlatih dan berlatih menulis artikel sehingga mampu menulis dengan cukup bagus.

Kedua, upah penulis artikel yang mahir.

 

Saya tidak mencadangkan yang mana satu sesuai untuk anda kerana itu adalah pilihan anda sendiri. Mana yang mudah dan paling senang untuk dilakukan sudah pasti jadi pilihan.

Kembali kepada kekuatan pemasaran artikel. Paling jelas ialah dari segi SEO. Andaikan anda menjual kucing. Dengan menulis banyak artikel berkaitan kucing seperti jenis-jenis kucing, makanan kucing, penyakit kucing, penjagaan kebersihan kucing, ubat-ubatan kucing dan banyak lagi. Tidak boleh tidak, apabila orang mencari maklumat mengenai kucing, pasti akan terjumpa blog atau laman menjual kucing anda.

Ini sekaligus akan menyerlahkan kehandalan anda sebagai seorang pakar kucing. Orang yakin pada pengetahuan anda yang banyak itu. Mereka percaya apa saja yang anda perkatakan mengenai kucing. Sudah pasti apabila mereka ingin membeli kucing nanti kita sudah dapat meneka dari mana mereka akan membelinya. Sama ada daripada penjual kucing biasa atau pakar kucing yang ada menjual kucing seperti anda!

Artikel-artikel mengenai bidang kepakaran (atau niche pilihan anda) itu akan menerima banyak kunjungan pembaca yang berminat. Mereka akan bertanya lebih lanjut, anda pula menjawab soalan yang diajukan. Sedar tidak sedar, ini sebenarnya akan membina keakraban dan menjalin kepercayaan pembaca kepada anda. Saya berani mengatakan bahawa kebanyakan pelanggan datang daripada pembaca anda sebenarnya.

Ini semua tidak boleh dilakukan oleh jenis-jenis pemasaran yang lain tanpa menggunakan modal yang besar. Pemasaran artikel adalah yang paling efektif dari segi kos kalau kita nilai daripada aspek yang kita bincangkan pada kali ini.

Mulakanlah latihan menulis anda hari ini kalau anda mengambil keputusan untuk menulisnya sendiri kerana kemahiran itu tidak akan datang dengan sendiri melainkan dengan usaha berterusan dan latihan yang banyak.

 

Tidak mahu terlepas post terkini? Sila rujuk >>artikel ini<< untuk cara yang betul. Kemudian masukkan emel anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner

Anda juga mungkin ingin mengetahui mengenai:

  1. Blogger.. Elakkan Emosi Dalam Penulisan!

About admin

Admin laman ini adalah Julmazli Dempollok. Antara lain tugas beliau adalah menyelenggara laman penulisartikelmalaysia.com ini. Membincangkan tempahan bersama pelanggan serta menerima bayaran daripada pelanggan. Mengagihkan tugas kepada ahli team penulis penulisartikelmalaysia.com yang berkenaan untuk disiapkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui bersama dengan pelanggan.