Berapakah Panjang Artikel Yang Paling Sesuai?

Facebook Twitter

Apabila berbual tentang panjang artikel, adalah lebih baik sekiranya anda memikirkannya secara keseluruhan. Termasuk kebaikan untuk laman dan juga pembaca anda. Sila pastikan artikel anda adalah sependek 200 patah perkataan dan sepanjang 500 perkataan.

berapa panjang artikel yang paling optimum

Melainkan blog atau laman anda bukan berteraskan artikel misalnya blog fotografi, kalau memang itu kesnya maka nampaknya anda tidak perlu menulis panjang-panjang. Tujuan utama pelawat ke sana pun bukanlah untuk membaca info.

Walaupun SEO bukan merupakan tujuan utama anda, masih bijak untuk anda mengekalkan panjang artikel di sekitar 200-500 patah perkataan. Ini untuk menjadikan ianya mesra pembaca. Melebihi jumlah perkataan yang digariskan ini bukanlah suatu dosa besar tetapi kemungkinan untuk pembaca tidak menghabiskan bacaan adalah tinggi.

Kita tidak mahu membina persepsi pembaca terhadap blog anda sebagai ‘blog yang terlalu banyak perkataan’ atau ‘perlu pembacaan yang panjang’. Persepsi seperti ini hanya akan menjauhkan pembaca daripada blog anda sahaja.

Harus diingat, pembaca tidak mahu membaca laman seperti membaca buku. Kalau mereka mahu membaca penerangan yang berjela dan teliti, mereka ada pilihan lain iaitu dengan membeli eBook. Jadi lebih pendek adalah lebih baik tetapi tidaklah melepasi jumlah minimum yang digariskan tadi.

Ini mungkin bermakna anda perlu memecahkan sebuah artikel yang terlalu panjang kepada beberapa siri. Tetapi pastikan anda melabelkannya dengan betul agar ia tidak mengelirukan pembaca anda. Di samping memudahkan mereka membaca mana satu daripada pecahan itu yang mereka mahu. Juga menarik mereka untuk kembali ke blog anda kemudian nanti untuk mengikuti sambungan pecahan artikel itu tadi.

 

Tidak mahu terlepas post terkini? Sila rujuk >>artikel ini<< untuk cara yang betul. Kemudian masukkan emel anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner

Anda juga mungkin ingin mengetahui mengenai:

  1. Blogger-Blogger Yang Hebat Melakukan Perkara Ini!
  2. Blogger Yang Handal Melakukan Lima Perkara Ini!
  3. Penting – 4 Benda Yang Mesti Ada Pada Setiap Artikel!
  4. Kesilapan Menulis Yang Anda Tidak Mahu Buat!
  5. Tip Panas – 3 Cara Memastikan Artikel Anda Dibaca!

About admin

Admin laman ini adalah Julmazli Dempollok. Antara lain tugas beliau adalah menyelenggara laman penulisartikelmalaysia.com ini. Membincangkan tempahan bersama pelanggan serta menerima bayaran daripada pelanggan. Mengagihkan tugas kepada ahli team penulis penulisartikelmalaysia.com yang berkenaan untuk disiapkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui bersama dengan pelanggan.