Jalan Pintas Menjadi Seorang Blogger Pakar!

Facebook Twitter

Blog sudah tidak asing lagi. Blog juga dikenali sebagai weblog disebabkan fungsinya sebagai website dan blog sekaligus. Blog sudah meledak dan menjadi fenomena dunia.

Menjana pendapatan daripada blog bukan lagi perkara pelik dan sukar dipercayai. Malah sudah ramai sekali orang kita yang menjadikan blog sebagai salah satu daripada pekerjaan untuk mendapatkan pendapat sampingan. Bahkan angka mereka yang menjadikan pengusaha blog sebagai pendapatan utama juga semakin meningkat.

Satu yang paling menarik mengenai kerjaya sebagai blogger ini – pendapatan yang boleh diraih adalah tidak terbatas. Boleh jadi sedikit dan boleh jadi banyak. Bergantung kepada usaha yang dilakukan.

Anda bila lagi?

Sungguhpun bunyinya kedengaran menarik dan indah, menjadi seorang blogger yang menjana pendapatan daripada aktiviti blogging tidak semudah setup blog dan goyang kaki. Saya kira, dalam apa jua alapangan pun perkara begitu memang sukar terjadi. Macamana mahu berjaya kalau pemalas?

Salah satu kriteria penting menjana pendapatan daripada blog adalah dengan menjadi pakar. Paling senang, anda menulis dan menulis pelbagai perkongsian tentang bidang yang anda ketahui. Misal kata, nama anda Ali dan bekerja sebagai ejen insurans, anda boleh membuat blog dengan domain AliInsurans.com dan berkongsi banyak tips pemilihan insurans yang betul.

Semakin banyak yang anda kongsikan, semakin pakar anda dilihat orang dan semakin bertambah kredibiliti anda. Pengunjung anda semakin bertambah dan ini semestinya membawa kepada pertambahan pendapatan blog anda. Belum termasuk lagi jualan polisi insurans yang terjual melalui blog.

Itu kalau anda memang dalam bidang insurans. Bagaimana pula kalau belum ada pekerjaan dan tidak tahu apa-apa bidang?

Dunia Internet hari ini memungkinkan banyak perkara dan salah satu daripadanya ialah menyediakan jalan pintas menjadi seorang blogger pakar. Bagaimana?  Langkah kasar di bawah anda oleh jadikan sebagai panduan:

1. Beli domain dan hosting dan install WordPress.
2. Terbitkan artikel berkualiti.
3. Promosikan blog melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
4. Terbitkan artikel berkualiti.
5. Gunakn bookmark site seperti Digg, Stumbleupon dan sebagainya.
6. Terbitkan artikel berkualiti.
7. Iklankan di website atau blog tinggi trafik
8. Terbitkan artikel berkualiti.
9. Kukuhkan SEO blo
10. Terbitkan artikel berkualiti.
11. ulangi semua proses ini selalu..

Dalam semua langkah ini, yang paling sukar adalah menulis dan menerbitkan artikel berkualiti. Terutamanya jika topik atau niche yang anda pilih itu tidak begitu anda fahami. Dan di sinilah letaknya jalan pintas menjadi blogger pakar itu – upah orang lain yang pakar untuk menulisnya bagi pihak anda!

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah beritahu topik atau niche pilihan anda dan minta penulis artikel profesional menulisnya bagi pihak anda. Setelah siap, artikel-artikel itu dihantar kepada anda untuk anda terbitkan di blog. Mudah bukan? Kerja anda sudah siap 70% dan hanya tinggal promosikan dan lakukan SEO pada blog anda sahaja lagi kini.

Kami adalah agensi penulisan artikel yang sudah lama berkecimpung dalam bidang penulisan untuk pelbagai medium termasuk blog, website dan laman web jualan. Jika anda mencari penulis artikel berkualiti pada harga paling kompetatif, anda memang tidak salah tempat. Tidak kira blog anda dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia. Tidak kira niche pilihan anda sama ada kucing, eBay, pakaian bayi, fesyen, rekabentuk dan sebagainya.

Kami memahami keperluan anda dan sedia membantu. Hanya hubungi kami >melalui emel di sini< atau hubungi kami terus >menggunakan telefon< dan nyatakan keperluan anda. Jika ingin terus membuat tempahan, sila gunakan >borang tempahan kami di sini<. Kami akan membalas pertanyaan anda sepantas yang mungkin.

Tidak mahu terlepas post terkini? Sila rujuk >>artikel ini<< untuk cara yang betul. Kemudian masukkan emel anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner

Anda juga mungkin ingin mengetahui mengenai:

  1. Blogger Yang Handal Melakukan Lima Perkara Ini!
  2. Artikel Kami Di Jootawan.com
  3. Blogger-Blogger Yang Hebat Melakukan Perkara Ini!
  4. Penting – 4 Benda Yang Mesti Ada Pada Setiap Artikel!
  5. Blogger.. Elakkan Emosi Dalam Penulisan!

About admin

Admin laman ini adalah Julmazli Dempollok. Antara lain tugas beliau adalah menyelenggara laman penulisartikelmalaysia.com ini. Membincangkan tempahan bersama pelanggan serta menerima bayaran daripada pelanggan. Mengagihkan tugas kepada ahli team penulis penulisartikelmalaysia.com yang berkenaan untuk disiapkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui bersama dengan pelanggan.