Berita baik kepada anda yang meminati bidang penulisan dan berimpian untuk melakukan kerja-kerja dari keselesaan rumah sendiri di samping menghasilkan pendapatan yang berpatutan. Kami menawarkan kerja kosong penulis artikel sambilan bersama kami.

Kami mempelawa anda untuk menjadi salah seorang daripada team penulis yang akan bernaung di bawah jenama PenulisArtikelMalaysia.Com dengan mengemukakan permohonan sekiranya anda memenuhi keperluan-keperluan di bawah.
Kriteria utama yang kami cari:
1. Menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Maksudnya boleh membaca, memahami, mengedit atau mengekstrak artikel atau dokumen dalam kedua-dua bahasa dengan amat baik sekali.
2. Boleh menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
- Ini adalah kebolehan kritikal yang kami perlukan. Anda wajib mahir menulis dalam kedua-dua bahasa ini. Lebih banyak bahasa adalah lebih baik.
3. Komited dalam kerja.
- Seseorang yang memandang serius terhadap kerja. Walau semudah mana pun kerja yang kami beri tetap dilaksanakan dengan penekanan penuh terhadap kualiti dan hasil terbaik. Selalu ingat petua daripada orang berjaya yang mengatakan, ‘wang yang banyak datang bersama kualiti yang tinggi’.
4. Selesa bekerja dengan tarikh yang ketat.
- Adakalanya pelanggan memerlukan kita menyiapkan kerja dalam jangkmasa yang singkat atas sebab-sebab yang munasabah. Ini memang perkara yang selalu terjadi. Jadi anda harus bersedia.
5. Mudah dihubungi.
- Pelanggan datang tidak mengira masa. Pagi, tengahari, petang, malam dan subuh. Sebab itu kami memerlukan, penulis yang amat mudah dihubungi, sama ada menggunakan telefon mahupun emel. Maksud mudah dihubungi di sini ialah dapat memberikan respon dalam masa yang paling singkat.
6. Seorang yang fleksibel
- Adat dunia perniagaan walau dalam apa bidang sekalipun – tawar menawar sentiasa ada. Jadi tawaran daripada pelanggan tidak sama. Ada tinggi, anda sederhana dan ada yang rendah. Jadi anda haruslah fleksibel menerima perubahan harga seperti ini. Ada tugasan yang menawarkan harga tinggi dan ada tugasan yang menawarkan harga agak rendah tapi masih berpatutan (saya akan pastikan anda tidak teraniaya). Jangan bimbang. Itu antara tugas paling penting saya.
Jadi bagaimana? Anda memenuhi semua kriteria di atas? Kalau begitu, sila kemukakan permohonan anda dengan >menghubungi kami melalui saluran ini<.
Apa yang anda perlu nyatakan di dalam emel permohonan anda itu?
1. Terangkan dengan jelas kemahiran menulis anda (wajib)
2. Nyatakan pengalaman penulisan anda (jika ada)
3. Sertakan sekali resume dalam bidang berkaitan penulisan (jika ada)
4. Nama penuh
5. Emel utama
6. No. Telefon
Harus diingat, kerjaya sebagai penulis artikel sambilan bersama kami bukanlah pekerjaan tetap. Ia adalah secara part-time. Dimana kalau ada tempahan daripada pelanggan, kami akan hubungi anda untuk menyiapkan tugasan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas semuanya selesai, kami akan membayar anda.
Ini adalah sebagai perkongsian peluang bersama anda sahaja. Terutama sekali kepada mereka yang meminati bidang penulisan.
Anda juga mungkin ingin mengetahui mengenai:
sy berminat untk daftar sebagai penulis artikel tp sy x tahu cm mne nk daftar..
[Reply]
admin Reply:
December 16th, 2011 at 3:52 am
Cik Eina boleh nyatakan semua perkara yang diperlukan di atas dengan menghantar emel ke email:wangtersembunyi@gmail.com
[Reply]
Saya mempunyai kemahiran penulisan bahasa melayu yang baik,bagaimanapun tidak dalam bahasa kedua -Inggeris.Bolehkah saya memohon?
[Reply]
admin Reply:
December 30th, 2011 at 9:47 am
Seperti kriteria yang disebutkan di atas. Mesti mahir menggunakan kedua-dua bahasa. Lebih banyak bahasa lebih baik.
[Reply]
salam, jawatan ini masih dibuka?
[Reply]
admin Reply:
January 30th, 2012 at 3:50 pm
Masih. Tetapi ini hanyalah peluang kerja sambilan sahaja. Kerja tidak selalu ada. Pada kebanyakan masa memang tiada.
[Reply]
nedfatin Reply:
January 31st, 2012 at 7:58 am
its ok, mmg cr krja smbilan.im applying tq.
[Reply]