Kesilapan Menulis Yang Anda Tidak Mahu Buat!

Facebook Twitter

Tidak memahami prinsip asas di sebalik pemasaran artikel akan membuatkan anda lemas dengan membawa bersama segala susah payah yang telah dicurahkan. Biarpun artikel yang anda hasilkan itu cukup bermutu, ia akan menjadi kurang berguna.

Terdapat beberapa kesalahan dalam menggunakan artikel sebagai kaedah pemasaran yang anda tidak mahu lakukan. Antaranya..

 

1. Tidak pasti siapa pembaca sasaran

Agak ramai penulis dan penerbit artikel melakukan kesalahan ini. Mereka kurang jelas siapakah sebenarnya pembaca (pasaran) sasaran yang mereka harus tumpukan sebelum mulai menulis sesebuah artikel.

Sebelum itu, elok saya terangkan siapa penulis dan siapa penerbit. Penulis adalah orang yang menghasilkan sendiri tulisan-tulisan di dalam setiap artikelnya. Manakala penerbit ialah seseorang yang menggunakan artikel tulisan orang lain untuk dirinya secara sah (biasanya dibeli).

Inilah yang membezakan penulis atau penerbit amatur dengan pemasar artikel yang pakar. Pemasar artikel pakar sudah tahu kepada siapa seharusnya artikel itu ditujukan walaupun ia belum mulai menulis walau sepatah perkataan pun.

Nota kaki:

Dua aspek penting dalam menentukan pembaca sasaran anda ialah ‘menumpu’ dan ‘mendalam’. Tumpukan kepada satu bidang sahaja tetapi secara mendalam dan cukup teliti.

 

2. Tajuk tidak sesuai

Jika tajuk artikel tidak menarik perhatian sesiapa, tidak kira walaupun anda adalah penulis artikel terbaik di Malaysia, ia akan tetap berakhir dengan kekesalan. Kenapa jadi begitu?

Penulis yang baik seharusnya meluangkan masa yang cukup untuk mencari tajuk yang berkuasa menarik perhatian sesiapa juga yang melihatnya. Bak kata orang, dari mata turun ke hati. Sebab itulah, ada sesetengah pendapat mengatakan. ‘masa yang digunakan untuk menulis isi artikel adalah sama lamanya dengan masa yang diperlukan untuk mencari tajuk yang bagus’.

Jadi mana satu pilihan anda: artikel hebat dangan tajuk biasa atau artikel biasa yang mempunyai tajuk hebat. Anda pasti tahu mana satu yang akan mendapat lebih banyak bacaan dan berkemungkinan dapat menjual.

 

3. Fikirkan pembaca kemudian

Sebahagian besar penulis dan penerbit akan mendahulukan perhatian terhadap diri mereka sendiri. Apa artikel ini boleh buat untuk saya? Bolehkah artikel ini menjual produk ini? Untungkah menulis artikel ini?

Dalam penggunaan artikel sebagai kaedah pemasaran, anda sepatutnya bukan menulis untuk diri anda. Sebaiknya artikel harus dihasilkan, direka dan disusun untuk pembaca. Kita tidak boleh membuka MS Word, Notepad atau mengambil pen dan kertas kemudian menulis sesuatu yang kita sukai. Sebaliknya, anda hendaklah menulis bidang atau topik yang menjadi minat pasaran sasaran anda.

Menjadi seorang pemasar menggunakan artikel yang efektif ialah dengan memberi apa yang pembaca mahukan. Pembaca sebenarnya tidak peduli sangat sama ada anda merupakan bekas pemenang anugerah sastera atau mungkin seorang penulis tersohor. Apa yang menjadi perhatian utama mereka ialah kegunaan artikel anda kepada mereka. Apa yang dibawa oleh artikel tersebut dan bagaimana ia menjadikan hidup mereka lebih baik.

 

4. Tidak menyemak artikel

Ketahui hakikat ini: artikel yang baik dan cukup bermanfaat akan berkurangan kredibilitinya di mata pembaca sekiranya mereka mendapati kesalahan ejaan. Walaupun hanya satu perkataan sahaja! Mereka akan mulai memberi andaian yang kurang molek selepas itu. Ini sesuatu yang kita tidak mahukan.

Jadi sekiranya anda tidak mahu mengurangkan kualiti artikel yang dihasilkan, ejalah dengan berhati-hati. Gunakan perkataan terkini dan menepati standard ejaan dan tatabahasa. Biarpun anda mengatakan ia adalah typo tetapi pembaca akan selalu memikirkan ia adalah kerana anda.

 

Kita semua melakukan kesalahan, apa yang cuba disampaikan kali ini ialah merendahkan kesilapan itu seminimum mungkin. Idea utamanya di sini ialah kesalahan tidak boleh dielakkan tetapi boleh dikurangkan.

 

Tidak mahu terlepas post terkini? Sila rujuk >>artikel ini<< untuk cara yang betul. Kemudian masukkan emel anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner

Anda juga mungkin ingin mengetahui mengenai:

  1. Bagaimana Pemasaran Artikel Anda Tidak Kelihatan Seperti Promosi?
  2. Tambah Kuasa Artikel Blog Anda Dengan 3 Elemen Ini!
  3. Elakkan Kesalahan Ini Semasa Menulis!
  4. Tip Panas – 3 Cara Memastikan Artikel Anda Dibaca!
  5. 5 Ciri Artikel Yang Baik!

About admin

Admin laman ini adalah Julmazli Dempollok. Antara lain tugas beliau adalah menyelenggara laman penulisartikelmalaysia.com ini. Membincangkan tempahan bersama pelanggan serta menerima bayaran daripada pelanggan. Mengagihkan tugas kepada ahli team penulis penulisartikelmalaysia.com yang berkenaan untuk disiapkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui bersama dengan pelanggan.