Segalanya sudah dirancang. Anda sudah menyiapkan produk yang bagus. eCover sudah ada. Banner iklan berderet. Minisite anda pun sudah siap. Hanya sahaja kekurangan seperkara – belum ada surat jualan!

Surat jualan atau lebih dikenali sebagai salesletter memainkan peranan paling penting dalam kejayaan jualan anda di Internet. Ia ibarat jurujual yang akan menjual produk bagi pihak anda. Menurut kajian, 90% daripada faktor jualan adalah disebabkan kekuatan surat jualan sesebuah laman tersebut.
Menulis surat jualan bukanlah mudah walaupun pada hakikatnya ia hanyalah terdiri daripada beberapa beratus perkataan dan disimpan di dalam MS Word atau notepad sebelum dimasukkan ke dalam minisite jualan. Ia lebih daripada sebuah karangan mengandungi beberapa perenggan.
Surat jualan yang baik seharusnya menerapkan konsep A.I.D.A., W.A.Y.S., elemen memujuk, urgency dan terhad. Tanpa kesemua elemen penting ini dan beberapa lagi elemen penting lain, sesebuah surat jualan tidak akan mampu memberikan kesan menjual yang baik. Dengan kata lain ia tidak akan mampu memikat bakal pelanggan anda.
Headline yang memukau tidak boleh tidak mesti ada. Tanpa headline yang mantap, bakal pelanggan tidak akan berada di minisite atau web jualan anda lebih daripada 30 saat.
Emosi bakal pelanggan mesti diraih. Tahukah anda, 70% daripada belian yang dilakukan seseorang adalah didorong oleh emosi berbanding 30% yang disebabkan rasional (keperluan). Ini antara kunci penting membuat jualan. Dan surat jualan anda wajib mengandungi elemen ini!
Mempelajari ini tidaklah terlalu sukar tetapi tidak pula terlalu mudah. Masa yang secukupnya perlu diluangkan untuk mendalami konsep-konsep ini. Beberapa panduan harus dibeli, bertanya kepada mentor yang berpengalaman dan membuat ujikaji sendiri.
Namun anda tidak perlu melalui itu semua, kami di penulisartikelmalaysia.com memahami betapa berharganya masa anda. Daripada membuat sesuatu yang akan membuang terlalu banyak masa anda, kenapa tidak menjimatkan masa anda dengan mengupah penulis surat jualan? Biarkan mereka yang pakar dan sudah biasa melakukan ini sahaja memikirkan kerja ini untuk anda.
Kami memahami keperluan anda dan sedia membantu. Hanya hubungi kami >melalui emel di sini< atau hubungi kami terus >menggunakan telefon< dan nyatakan keperluan anda. Jika ingin terus membuat tempahan, sila gunakan >borang tempahan kami di sini<. Kami akan membalas pertanyaan anda sepantas yang mungkin.
Tiada post yang berkaitan.
Artikel yang menarik
Kemahiran copywriting adalah seni menulis yang bertujuan hanya untuk memujuk prospek untuk mengambil tindakan ( samada membeli, memberikan alamat email atau telefon ). Di Internet, copywriting diperlukan untuk membantu pemilik laman web untuk menyediakan surat jualan yang bertindak seperti salesman 24 jam 365 hari. Namun, masih ramai lagi yang tidak memahami seni penulisan ini terutamanya kepada mereka yang masih baru berjinak-jinak untuk menjual produk atau servis di Internet. Oleh itu, kepakaran penulis ini diperlukan oleh penjual atau pemasar produk di Internet.
[Reply]