“Adakah anda sudah bosan dan mahu menghilangkan jerawat yang tumbuh di wajah anda? Kenapa anda tidak mencuba pencuci muka terbaharu yang diperkaya denga vitamin A, B, C dan D ini? Dengan teknologi yang diperbaharui dan”… Berhenti! Ini hanyalah salah satu daripada sekian banyaknya contoh iklan yang kita temui saban hari.
Mengiklankan satu-satu produk adalah agak sulit dan memakan tenaga. Matlamat utama anda ialah menarik sebanyak mungkin perhatian daripada audien dengan harapan sebahagian daripada mereka menjadi bakal prospek.
Ia juga membebankan pengeluar produk bila berkaitan dengan pengiklanan. Adalah cukup menyakitkan hati apabila iklan tidak diluluskan atau dipaparkan kepada audien yang tidak tepat.
Terima kasih kepada inovasi teknologi yang dipanggil komputer dan Internet. Ia memang merupakan berita baik kepada semua orang. Terutama kepada mereka yang merancang untuk menjual produk dan mahu menjadikan ini sebahagian daripada bentuk perniagaan online mereka di samping kos pengiklanan yang amat rendah.
Adakah pengiklanan yang sebegitu murah dan kurang memeningkan kepala? Sudah tentu ada. Pengiklanan melalui artikel memungkinkannya! Ia dalah medium pengiklanan yang efektif, murah dan berkesan. Kenapa pemasaran menggunakan artikel mendahului carta berbanding cara-cara lain?
Terdapat beberapa alasan untuk ini. Paling menarik ialah kebolehan mengiklan percuma. Ianya mudah. Cuma tulis tentang satu perkara menarik dan jangan lupa tulis mengenai produk anda di akhir tulisan atau dimana-mana bahagian artikel. Cuma pastikan ianya tidak secara terang-terangan dan kerana ini akan mengganggu kelancaran pembacaan audien.
Tidak seperti iklan berbayar di TV, ia mempunyai paparan yang terhad. Bergantung kepada jumlah dan bayaran yang termaktub dalam perjanjian yang anda tandatangani. Dari sudut yang lain, artikel anda akan dapat dicapai oleh subscriber dan pembaca 24 jam tanpa halangan.
Walaubagaimanapun, sebagai pengiklan (dan juga penulis artikel) adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan artikel yang dihasilkan itu menarik dan memberi nilai tambah kepada pembaca. Simpan dalam ingatan, semakin ramai yang membaca, semakin tinggi kemungkinan untuk produk anda terjual.
Sekiranya anda menulis mengenai sesuatu produk atau lebih dikenali oleh sebahagian besar daripada kita sebagai review, pastikan anda memberikan ulasan yang konkrit. Ini termasuklah ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam produk yang anda sedang perkatakan itu. Elakkan daripada memberikan ‘penerangan setengah masak’: hanya kebaikan yang anda tonjolkan.
Satu teknik yang boleh digunakan dalam menambah keseronokan dan kelainan dalam penulisan artikel anda ialah dengan menulis serba sedikit mengenai diri anda di mana-mana bahagian artikel yang sesuai. Tambahkan juga beberapa nasihat atau tips yang tidak berat sebelah. Harus diingat, sekiranya mereka sudah mulai menyukai anda, mereka akan mahu mengetahui produk anda sedikit demi sedikit.
Peranan anda dalam bidang perniagaan yang anda ceburi.
Menjadi keutamaan anda untuk meraih kepercayaan pasaran. adalah sangat-sangat penting untuk anda muncul dan memperkenalkan diri sebagai sumber yang berkredibiliti. Segala info dan maklumat yang anda kongsikan mengenai produk dan perkhidmatan anda adalah benar.
Adakah anda pernah mencuba produk yang anda jual?
Kalau ada, bagus! Anda dengan mudahnya mampu berkongsi di dalam artikel anda akan kebaikan dan manfaat yang sudah anda perolehi. Ini sangat membantu. Apalagi kalau anda ada menceritakan sekali pengalaman anda kepada pembaca.
Pengiklanan menggunakan artikel adalah salah satu daripada cara yang baik untuk memacu anda ke arah kejayaan dalam bisnes online anda. Sekiranya anda menggunakan sumber dan kreativiti anda semaksima mungkin, insyaAllah ia akan membawa anda ke puncak.
Sebagai penutup, kita tidak boleh menilai kejayaan pemasaran artikel hanya berdasarkan jumlah jualan dan ucapan terima kasih daripada pembaca dan pelanggan. Sebaliknya, anda akan mulai melihat riak kejayaannya dengan meneliti kepopularan laman anda berdasarkan jumlah subscriber dan bilangan pembaca yang ramai.
Anda juga mungkin ingin mengetahui mengenai:
