Menterjemahkan Teks

Pssttt.. Biar kami beritahu satu rahsia.

Tahukah anda, kebanyakan pemilik blog di Malaysia yang mempunyai pelawat ramai adalah daripada kalangan mereka yang mahir berbahasa Inggeris!

Blog mereka digemari oleh banyak pembaca kerana sering menerbitkan artikel baharu yang membincangkan sesuatu topik dengan mendalam. Banyak topik menarik setiap kali.

 

Bagaimana mereka melakukan hal ini?

Sebenarnya mereka menulis semula (dengan olahan yang menarik) apa yang sudah diperkatakan oleh top-top blogger antarabangsa ke dalam Bahasa Malaysia dan menerbitkannya ke dalam blog mereka sendiri!

Anda berkata, “tapi mereka mahir berbahasa Inggeris, saya tidak”.

Tiada masalah lagi! Tidak perlu merungingkan diri anda dengan hal ini lagi kerana kami akan terjemahkannya untuk anda! Jika anda mempunyai simpanan artikel Bahasa Inggeris, serahkan sahaja kepada kami untuk diterjemahkan. Begitu juga sebaliknya jika anda ada artikel Bahasa Malaysia yang mahu diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris.

 

Kadar kami adalah antara yang termurah di Malaysia. Sekitar RM35 untuk satu mukasurat (MS Word). Bagaimanapun, kadar ini boleh dikurangkan sekiranya artikel yang anda hendak terjemahkan itu mempunyai lebih daripada 3 mukasurat.

Khidmat terjemahan kami tidak terhad kepada artikel untuk blog sahaja. Jurnal/teks/terbitan ilmiah lain dalam Bahasa Inggeris juga anda boleh terjemahkan bersama kami.

Makluman: Bagi pelanggan kali pertama, haruslah membayar penuh kadar upah sebelum sebarang kerja-kerja penterjemahan dimulakan. Sementara bagi pelanggan kali kedua dan seterusnya, haruslah menjelaskan 70% daripada kadar upah yang dipersetujui.

Tidak mahu terlepas post terkini? Sila rujuk >>artikel ini<< untuk cara yang betul. Kemudian masukkan emel anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner

About the Author

Admin laman ini adalah Julmazli Dempollok. Antara lain tugas beliau adalah menyelenggara laman penulisartikelmalaysia.com ini. Membincangkan tempahan bersama pelanggan serta menerima bayaran daripada pelanggan. Mengagihkan tugas kepada ahli team penulis penulisartikelmalaysia.com yang berkenaan untuk disiapkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui bersama dengan pelanggan.