Trafik, Entri Dan Pembaca – Bahan Bakar Blog

Facebook Twitter

Blog tidak boleh hidup tanpa trafik. Lebih daripada itu, trafik yang rendah bermakna kandungan sesbuah blog itu kurang menarik atau kurang bermanfaat. Walaupun begitu, terdapat juga blog yang hebar tetapi tidak mempunyai trafik yang mencukupi. Kunci utama mendapatkan trafik adalah ditunjangi strategi yang membuat blog anda mendapat perhatian ramai.

Apa yang paling penting diambil perhatian adalah siapakah trafik sasaran anda dan dari manakah sebenarnya sumber trafik yang anda kehendaki ini berasal?

Entri blog memainkan peranan yang sangat-sangat penting. Inilah tarikan kenapa trafik datang ke blog anda. Cuba buatkan blog anda lebih menarik dan belajar menjadikan entri blog anda releven kepada pembaca. Paling utama, entri hendaklah mempunyai nilai maklumat yang tinggi kepada pembaca atau trafik.

Usahakan menyiasat apakah yang dikehendaki atau apa yang paling menarik minat pembaca anda. mungkin bertanya secara terus melalui entri atau adakah undian di blog melalui perisian tertentu atau soal selidik melalui pelbagai cara. Kemudian hasilkan entri yang mereka kehendaki itu.

Menghasilkan entri berkualiti yang dikehendaki pembaca anda boleh dilakukan dengan menulis sendiri atau mengupah agensi penulisan artikel. Jika mempunyai masa yang terhad atau tidak mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk menulis entri berkenaan, mengupah agensi penulisan artikel adalah pilihan yang baik.

Antara kepentingan entri bila anda merancang untuk menjual sesuatu melalui blog. Pertama sekali, anda harus membina kepercayaan pembaca dan mencipta kredibilti sebagai sumber informasi tepat. Ini kritikal sebelum pembaca mencuba produk atau perkhidmatan yang anda jual.

Blog adalah medium jualan yang efektif disebabkan kemampuan berhubung dan berkomunikasi dengan bakal pelanggan menerusi entri-entri blog. Anda harus sedar, tanpa entri yang kuat, blog tidak mampu mencapai potensi dan kemampuannya yang sebenar.

Dalam rangka meraih audien setia daripada trafik yang diperolehi, elakkan daripada menerbitkan entri secara tidak tetap. Sehari ada entri kemudian seminggu tiada entri baharu. Elakkan juga mengkritik orang lain sekiranya tidak mempunyai fakta sahih. Sekiranya memang perlu melakukan kritikan, lakukannya secara objektif dan jangan berdasarkan kepentingan peribadi.

Tidak mahu terlepas post terkini? Sila rujuk >>artikel ini<< untuk cara yang betul. Kemudian masukkan emel anda di bawah dan klik hantar:

Dibawakan khas oleh FeedBurner

Tiada post yang berkaitan.

About admin

Admin laman ini adalah Julmazli Dempollok. Antara lain tugas beliau adalah menyelenggara laman penulisartikelmalaysia.com ini. Membincangkan tempahan bersama pelanggan serta menerima bayaran daripada pelanggan. Mengagihkan tugas kepada ahli team penulis penulisartikelmalaysia.com yang berkenaan untuk disiapkan mengikut tempoh masa yang dipersetujui bersama dengan pelanggan.